Penyakit Umat Islam Malaysia bila dengar perkataan Wasiat :
- Aku belum nak mati buat apa nak Wasiat (macam tau je bila nak mati kan)
- Anak-anak aku pandai bahagi-bahagikan harta (yang dorang tau anak pertama dapat lebih)
- Aku muda lagi tidak perlu Wasiat (Muda-muda lah kena belajar tentang wasiat)
- Aku tiada harta (buku pun boleh jadi harta apa)
- Macam-macam lagi ada...
Di bawah ni ada la serba sedikit tentang wasiat yang korang kena tau:-
Apa itu WASIAT?
Dari segi bahasa, ahli-ahli fiqh mazhab Syafie berpendapat wasiat berasal dari perkataan “wassa” yang bermaksud menghubungkan atau menyampaikan kebaikan yang dilakukan oleh seseorang semasa hidupnya dengan ganjaran pahala selepas dia meninggal dunia.
Dari segi istilahnya, menurut mazhab Syafie wasiat ialah pemberian suatu hak yang boleh dilaksanakan selepas berlakunya kematian pewasiat sama ada dengan menggunakan lafaz ataupun tidak. Manakala beberapa fuqaha’ lain mentakrifkan wasiat sebagai suatu pemberian oleh seseorang kepada pihak yang lain sama ada benda, hutang atau manfaat untuk dimiliki oleh penerima wasiat akan pemberian tersebut selepas kematian pewasiat.
Manakala tafsiran wasiat menurut Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 1999:

“Wasiat ertinya iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut Hukum Syarak, selepas dia mati.”
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibubapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan ugama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa”

(Surah Al-Baqarah Ayat 180)
Rasulullah s.a.w juga menggalakkan umatnya yang mempunyai harta agar dapat melakukan wasiat semasa hidupnya.
“Seseorang muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidak sepatutnya tidur selama dua malam berturut-turut melainkan dia menulis wasiatnya di sisinya”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Allah telah memberikan bahagian setiap orang yang berhak. Maka tiada wasiat untuk waris”
(Riwayat at Tarmizi)
“Tidak harus wasiat kepada waris kecuali diizinkan oleh waris yang lain”
(Riwayat Abu Daud)
● Harta alih seperti kenderaan, wang tunai, wang simpanan,
barang kemas, saham, insurans, hutang dan lain-lain.
● Harta tak alih seperti rumah, tanah, bangunan dan lain-lain.
Kadar Wasiat
● Tidak melebihi kadar 1/3 daripada jumlah keseluruhan harta
pusaka
● Mendapat persetujuan ahli waris selepas meninggal dunia
sekiranya melebihi kadar 1/3
Galakan Berwasiat
● Orang yang berharta
● Orang yang lanjut usia
● Orang yang tidak berkahwin
● Orang yang mempunyai anak angkat
● Orang yang berhutang
● Orang yang tiada waris
● Muallaf

No comments:
Post a Comment