Firman Allah SWT yang bermaksud
"katakanlah (wahai Muhammad) : Sesungguhnya tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakinya diantara hamba-hambanya, dan dia jugalah yang menyempitkan baginya dan apa saja yang kamu dermakan (termasuk wakaf) maka Allah akan menggantikannya dan dialah jua Sebaik-baik pemberi Rezeki"
(Surah Saba' : Ayat 39)
Pengertian Wakaf
Wakaf adalah satu ibadah yang menyerahkan harta yang kita miliki untuk kegunaan umum dan khusus dengan niat sebagai ibadah mendekatkan diri kepada Allah SWT..
Ok lah kat sini aku nak bagi tau semua, yang Amanah Saham Wakaf ni bukanlah jenis pelaburan yang menjanjikan pulangan untung berbentuk wang, Saham wakaf ini diwujudkan adalah untuk membantu dalam pembangunan dan kesejahteraan umat islam, Wang yang diberikan adalah untuk pembangunan Tanah Wakaf yang terdapat dalam negeri Selangor ini..
-Sumbangan yang diberikan adalah untuk :
- Pembinaan Masjid dan Surau-Surau
- Pembinaan Rumah Fakir Miskin
- Pembaikpulihan bangunan yang didirikan.
Selagi mana tertegaknya bangunan yang menjadi tempat perhimpunan Umat Islam dalam kegunaan kebaikan harian selagi itu lah Allah akan mengurniakan Pahala kepada kita..
Untuk maklumat lanjut boleh berhubung:-
Azri : 012-3687372

No comments:
Post a Comment